Khamis, Januari 30, 2014

Hubungi kami untuk pelaburan modal rendah

Berminat dengan pelaburan rendah keuntungan memberangsangkan hubungi 0133626377 segera.

Pendapatan Pasif: Rahsia Kekayaan Sebenar

Pendapatan Pasif: Rahsia Kekayaan Sebenar


Penasihat kewangan dan ramai jurulatih serta tokoh terkenal akan memberitahu anda yang untuk benar-benar mencapai kebebasan kewangan, anda mesti mempunyai pendapatan pasif yang cukup dan melebihi perbelanjaan anda. Bagus bunyinya, kan?

Bagi memudahkan anda faham, pendapatan boleh dibahagikan kepada empat kategori (walaupun ada yang kata lebih): pendapatan portfolio, pendapatan dituaskan, pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

1. Pendapatan Aktif, seperti yang boleh anda bayangkan, adalah pendapatan yang memerlukan anda untuk muncul bagi mendapatkan upah, wang yang diperoleh hasil daripada tenaga dan masa individu itu sendiri. Inilah cara bagaimana kebanyakan orang menjalani kehidupan mereka – sebagai pekerja.

2. Pendapatan Portfolio merupakan faedah, dividend dan keuntungan modal yang datangnya daripada pemilikan saham, bon dan saham amanah. Sebagai contoh, simpanan Tetap, ASB,ASW,ASG dan sebagainya. Penyimpan boleh mendapat keuntungan sehingga 7% dari jumlah simpanan yang dibuat.

3. Pendapatan dituaskan adalah dihasilkan apabila satu aktiviti daripadanya mampu menjana lebih banyak wang dengan menarik bilangan penonton yang disasarkan. Seorang penceramah di satu kursus atau persidangan sebagai contoh, mungkin sebolehnya berusaha untuk mengatur dan memberi ucapan kepada 20 orang seperti 1,000 orang tetapi boleh memperoleh lebih banyak wang dengan kumpulan yang lebih besar.

4. Pendapatan pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi manakala penglibatan secara terus daripada pemilik bisnes makin berkurangan. Usaha awal ini seakan-akan anda mencipta mesin duit yang membawa masuk wang secara berterusan dengan penglibatan secara fizikal semakin berkurangan.

Seperti yang anda lihat, pendapatan aktif menghendaki dan memerlukan masa anda, walaupun anda boleh memperoleh kenaikan gaji dan juga kenaikan pangkat, pendapatan anda terhad kerana hanya terdapat anda seorang sahaja. Dengan pendapatan pasif, bagaimanapun, anda boleh mencipta pendapatan dari pelbagai sumber dan terus untuk menambah lagi dan lagi mesin yang menjana wang.

Kebanyakan orang hanya akan dapat gaji sekiranya mereka terus bekerja. Begitu juga dengan pendapatan peniaga kecil. Anda sebenarnya belum mencapai kebebasan kewangan kerana jika anda tidak bekerja, anda tiada pendapatan untuk menyara hidup anda secara berterusan (sambil mengekalkan aset pada tahap yang sama).

Kita lihat pesara sebagai contoh. Ramai yang pada mulanya tidak bekerja pada awal persaraan. Tetapi selepas dua tiga tahun, mereka kembali bekerja kerana tahap kewangan mereka telah menyusut semula. Justeru pendapatan pasif penting untuk membolehkan seseorang terus meraih pendapatan walaupun tidak lagi bekerja.

Antara contoh beberapa bentuk pendapatan pasif ialah:

Aliran Tunai Positif Daripada Hartanah: Hartanah adalah apa yang kebanyakan orang fikirkan apabila bercerita tentang pendapatan pasif. Tetapi, ia hanya dianggap pendapatan pasif apabila sewa yang anda terima adalah lebih tinggi daripada pinjaman perumahan, cukai, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan yang terlibat. Jika tidak, sewa hartanah anda hanyalah merupakan liabiliti. Anda juga boleh membuat wang dengan spekulasi terhadap kenaikan harga asset tersebut. Pendapatan pasif boleh dijana daripada hartanah kediaman ataupun komersil.

Menjadi Seorang Penulis: Daftar hak cipta bahan-bahan yang menghasilkan royalti, seperti buku atau e-book, muzik atau lirik, foto dan gambar merupakan satu lagi cara ramai usahawan mencipta pendapatan pasif. Robert T Kiyosaki pernah menulis dalam bukunya “Rich Dad, Poor Dad” bahawa sumber kekayaan pelbagai jutawan dunia adalah daripada pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan hasil daripada pekerjaan yang sedikit dan usaha sedikit menjana pendapatan berpanjangan. Apa yang beliau tidak pernah ceritakan kepada kita, sumber kekayaan beliau adalah daripada pendapatan pasif royalti buku. Buku beliau sudah diterjemahkan kepada lebih daripada 32 bahasa. Beliau hanya melabur sedikit masa pada penyelidikan untuk penulisan bukunya. Walaupun pembaca di Malaysia tidak membaca buku, buku sukar dijual dan menjadi seorang penulis tidak mungkin boleh mendapat pendapatan lumayan., hakikatnya sangkaan-sangkaan ini hanyalah mitos-mitos belaka. Berdasarkan situasi semasa, sudah ramai individu penulis yang sudah bersenang lenang dengan wang hasil royalti bukunya. Mereka menjana pendapatan puluhan ribu malahan ada yang ratusan ribu ringgit satu tahun!

Kerjaya dalam bidang penulisan juga sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

1) Penulis buku –menghasilkan karya yang diterbitkan dalam bentuk buku
2) Kolumnis – menghasilkan artikel untuk majalah dan juga e-majalah
3) Blogger – mempunyai blog yang memuatkan hasil tulisan sendiri
4) Penyunting – menjalankan tugas menyunting hasil tulisan penulis lain
5) Penterjemah –melakukan tugas menterjemah sesuatu hasil tulisan/karya

Penulis buku, kolumnis dan blogger memerlukan anda berfikir, mencari idea dan menulis secara aktif. Manakala penyunting dan penterjemah pula tidak perlu menghasilkan karya atau hasil tulisan, tetapi hanya perlu memeriksa dan membaiki karya penulis lain. Namun kerjaya sebagai penyunting dan penterjemah mempunyai nature kerja yang lebih kurang serupa dengan penulis.

Bagaimana pun, passive income hanya tertakluk kepada penulis buku yang menerima bayaran royalti setiap tahun selagi mana karya seseorang penulis itu diterbitkan. Penyunting, penterjemah dan kolumnis akan menerima bayaran dengan jumlah tertentu yang dipersetujui bagi setiap tugasan yang disiapkan. Blogger pula biasanya menjana pendapatan melalui pautan iklan-iklan, atau melalui program affiliate yang diletakkan di dalam blog mereka.

Lesenkan Paten: Memiliki satu idea yang hebat ataupun sebuah ciptaan. Lesenkan ia dan peroleh bayaran bila-bila masa apabila seseorang menggunakan paten yang anda lesenkan.

Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.

Buat satu website ‘review’ produk affiliate. Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.

“Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.

Hasilkan ebook dan website jualan untuk ebook tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan ebook, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi ebook itu dijual.

Produk Bayar Untuk Guna: Mesin vendor, dobi menggunakan syiling, kedai permainan video dan unit stor boleh menghasilkan pendapatan pasif. Kebanyakan mesin layan diri ini berkonsepkan milik sepenuhnya dan sesuai dimiliki semua golongan masyarakat. Proses menjana pendapatan menjadi lebih mudah kerana ia tidak memerlukan pekerja, premis mahupun masa yang banyak untuk menguruskannya. Syarikat pengurusan juga menyediakan khidmat nasihat, latihan dan khidmat runding cara aspek pemasaran yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing.

Pemilik Telefon Awam, sama seperti mesin pemilik air. Setiap minggu mereka akan bawa guni untuk mengambil wang syiling yang terdapat di dalam telefon tersebut.

Bina Satu Laman Web Tempahan Pembelian Automatik: Bina satu laman e-dagang yang boleh secara efektif proses dan memenuhi pesanan dengan penglibatan yang sedikit daripada anda bagi menghasilkan beberapa pendapatan pasif. Jual produk yang sentiasa dicari-cari sepanjang zaman.

Bina Satu Bisnes Yang Berjaya: Istilah ini bermaksud satu bisnes yang boleh dijalankan dengan atau tanpa penglibatan yang banyak daripada anda. Berapa kerap, contohnya anda melihat pemilik francais McDonalds di lokasi? Satu francais yang menghasilkan satu aliran tunai yang positif dan mempunyai satu kumpulan untuk menjalankan bisnes adalah contoh menghasilkan pendapatan positif kepada pemiliknya.

Ingat bahawa pendapatan pasif tidak semestinya bermaksud tiada langsung penglibatan daripada anda. Banyak kali ia melibatkan satu pelaburan awal yang besar, tetapi ia menghasilkan lebih minimum penglibatan fizikal pemilik diperlukan selepas mesin wang anda telah stabil.

Ada pakar yang mengatakan bahawa rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki. Para jutawan bebas untuk melihat anak-anak membesar, menonton wayang, sarapan pagi di warung, bersantai di pantai tanpa gangguan dan shopping tanpa perlu beratur!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan. Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang di sekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif. Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakan daripada kita.

Ha, berapa peratus kah hasil pendapatan anda adalah pasif ?

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk pilih yang mana satu, sila lihat jadual di bawah ini:

Dari segi….

Pendapatan Pasif

Pendapatan Aktif

Masa Bersama Keluarga

Bila – bila anda boleh melihat anak-anak anda membesar dan mendidik mereka dengan lebih sempurna.

Hanya 2jam dapat diluangkan bersama anak-anak itu pun kalau tidak buat OT.

Jumlah RM Sebulan

Tidak tetap dan sentiasa meningkat bergantung kepada jenis pelaburan.

Tetap dan meningkat pada kadar yang sangat sedikit, tak padan dengan kadar kenaikan harga barang keperluan.

Tekanan Hidup

Kurang tekanan tetapi amat berisiko.

Kurang risiko tetapi amat tinggi tekanan jika tidak mengurus masa dengan betul.

Jenis pekerjaan

Pelaburan Hartanah, Pelaburan Simpanan, Pelaburan Mesin Vendor, Pelaburan emas, serta bidang perniagaan dan perkhidmatan

Doktor, Pensyarah, Pekerja am, Pemandu Lori, dan sebagainya.

Masa bekerja

Masa bekerja kurang dari 5jam sehari, namun pendapatan harian boleh mencecah RM300 – RM400

Masa bekerja 8jam sehari, kadangkala terpaksa buat kerja lebih masa untuk menampung kos hidup. Gaji tetap dan tidak perlu risau risiko sales kurang.

Risiko dibuang kerja

Tiada sama sekali

Tinggi (bergantung kepada majikan)

Mesti anda sekarang sudah berkira-kira untuk mulakan perniagaan internet memandangkan itu yang paling mudah, bukan?

Tapi, adakah perniagaan internet itu menjana pendapatan pasif?

Ya!.. jika perniagaan anda tidak memerlukan anda berada di depan komputer sepanjang masa atau setiap hari. Perniagaan internet akan menjadi pendapatan pasif jika anda boleh meninggalkannya selama seminggu dan pergi bercuti, dan dalam masa yang sama, wang terus mengalir masuk ke dalam akaun bank anda. Dengan syarat, semua proses telah diautomatikkan, iaitu, semua urusan dari segi penerimaan order, penerimaan & pengesahan bayaran, hinggalah ke penghantaran produk kepada pelanggan. Jika semua proses itu dapat anda “automatik” kan.. maka, ya, perniagaan internet anda adalah merupakan pendapatan pasif.

Tetapi, jika perniagaan internet anda memerlukan anda menghadap komputer setiap hari, di mana anda perlu menyemak order, mengesahkan penerimaan bayaran, dan menghantar produk anda kepada pelanggan secara manual. Maka, perniagaan internet anda belum lah boleh dianggap sebagai suatu pendapatan pasif.

Apa lagi, mulakan langkah pertama dalam menjana pendapatan pasif anda!


Pelaburan Kecil Tetapi apa hukumnya Haramker

Mana MLM alternatif??
"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda  tanpa kesabaran melalui sebuah web.
Jawapan saya seperti berikut :-
Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.
Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.  
Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.
Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.
Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.
Rasa Pelik Orang Yang Pelik
Banyak juga email ucapan terima kasih, insaf, penghargaan yang saya terima serta soalan lanjut dan permintaan untuk mengkaji pelbagai lagi skim yang wujud. Tidak kurang juga sekitar 1 % dari ribuan email yang diterima mengandungi kata-kata cemuhan, makian, carutan dan penghinaan, bagaimanapun tiadalah yang saya baca sehingga habis. Bagi saya masa amat penting, terlalu banyak soalan dan tugas lain perlu saya selesaikan dari membuang masa membaca email tiada nilai Islam dan tiada berilmu tersebut.
Ada yang merasa pelik bagaimana saya dapat mengeluarkan sesuatu hukum hanya sekadar dalam 4 jam. Jawapan saya, sebenarnya semua jenis pelaburan itu telah saya tahu hukumnya sejurus 1-5 minit saya buka webnya, atau mendengar penerangan dari pesertanya. Bukannya kerana saya terlalu pakar, tetapi kerana elemen haramnya terlalu jelas bagi yang biasa dalam industri pelaburan dan kewangan Islam. Malah panduannya telah diputuskan oleh Majlis Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia sejak tahun 80 an lagi. Cuma mereka yang tidak biasa saja yang merasa pelik, bagi saya ia adalah tugas yang telah bertahun saya lakukan dalam dunia realiti industri kewangan Islam dan juga akademik.
Selain itu, ia juga berdasarkan anugerah pengalaman dan ilmu yang saya perolehi di industri kewangan ini. Saya sememangnya telah amat biasa menyemak dokumen bagi setiap pelaburan, produk kewangan bank dan sebagainya. Ia memang tugas rasmi saya setiap hari di sejak saya di RHB ISLAMIC Bank Berhad hinggalah ke Institusi Kewangan Antarabangsa yang saya berkhidmat sekarang ini.
Hasilnya, menyemak perkara ini tidaklah sesukar mana jika anda telah mengetahui fokus,  konsep dan displinnya, Cuma ia perlukan penelitian dan pemahaman setiap baris ayat yang didrafkan oleh peguam. Sebagaimana pakar memasak dapat mengetahui kurang rempah atau terlebih, atau menggunakan ‘ajinomoto' atau tidak sejurus mereka merasa sesuatu masakan. Ye, saya tidaklah mengatakan saya seorang pakar, cuma saya amat rapat dengan mereka yang pakar seperti Sheikh Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, pakar ilmu kewangan Islam sedunia. Saya juga baru sahaja bermesyuarat dengan beliau pada 26 Mac 2007 yang lalu, sempat juga saya menyemak hasil kajian saya terhadap MLM dan Pelaburan Internet dengan beliau secara ringkas. Alhamdulillah beliau bersetuju dengan hasil kajian saya tersebut hanya dengan beberapa minit mendengar penjelasan saya akan bagaimana ia berfungsi. Ini tidak hairan kerana beliau amat cekap, berilmu dan berpengalaman.
Sheikh Dr Abd Sattar adalah Pengerusi Majlis Penasihat Dallah al-Barakah Banking Group, Dow Jones Islamic Index, AAOIFI, Pakar di Kesatuan Fiqh Sedunia, Majlis Shariah Qatar Islamic Bank, Rayyan Islamic Bank dan di seluruh dunia. Tempiasan ilmu itu sudah cukup memberi manfaat yang banyak buat saya. Hasilnya, berkat dari kefahaman dan perbincangan dengan beliau, mampulah saya mengenalpasti sesuatu instrument kewangan dengan baik.  Di samping beliau, rakan-rakan dalam industri perbankan dan pelaburan yang telah biasa menguruskan pelaburan ratus-ratus juta juga boleh dirujuk apabila terdapat kekeliruan.
Walaupun saya telah mengetahui hukum semua produk pelaburan di atas sekilas saya melihatnya, saya terpaksa bersabar untuk menghebahkannya kepada awam kerana  saya amat faham, bahawa begitu ramai yang telah terlibat dengannya dan ramai juga ustaz dan ustazah yang terlibat. Justeru, sebarang pendedahan mestilah diiringi dalil yang secukupnya. Maka semua ini memerlukan masa, malangnya masa sesuai agak kurang ada dalam aktiviti seharian saya untuk menaip selalu.
Masalah saya seterusnya adalah, bagaimana saya ingin memudahkan fakta hukum ini agar boleh difahami oleh si pembaca. Ini satu cabaran kerana isu-isu kewangan sememangnya agak rumit untuk difahami oleh orang awam yang tidak terlibat dengannya.

Pelaburan Menerusi 1mediamoney


Pelaburan kecil di dalam perniagaan
Network marketing satu pelaburan atau perniagaan? Pelaburan yang difahami oleh orang ramai lebih kepada bentuk kewangan dan akan memperolehi hasil apabila sampai tahap-tahap tertentu seperti pelaburan dalam amanah saham, atau menjadi rakan kongsi dalam sesuatu perniagaan. Walaubagaimanapun network marketing masih dikategorikan sebagai sebuah pelaburan tetapi tidak khusus pelaburan dalam bentuk wang semata-mata. Network marketing adalah sebuah pelaburan dalam bentuk masa, tenaga dan usaha.
Apakah bentuk pelaburan dari segi masa?
Pelaburan dari segi masa sebenarnya meluangkan sedikit masa secara tetap sebagai contoh 4 jam sehari sebanyak 3 kali seminggu memenuhinya dengan aktiviti perniagaan network marketing seperti menghadiri kelas-kelas yang disediakan secara percuma atau berbayar (dengan bayaran yang rendah) atau melakukan aktiviti penerangan dan penajaan untuk mengembangkan rangkaian rakan niaga supaya usaha boleh diagihkan sama sedikit.
Apakah pelaburan dalam bentuk tenaga?
Pelaburan jenis ini lebih merupakan penglibatan secara fizikal atau mental yang memerlukan seseorang itu menghadirkan diri dalam mana-mana aktiviti kumpulan atau berjumpa dan membantu rakan niaga untuk memahami lebih mendalam dalam perniagaan ini seterusnya membolehkan rakan niaga menjalankan perniagaan network marketing dengan lebih lancar.
Apakah pelaburan dalam bentuk usaha?
Bak kata pepatah melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah juga setiap perniagaan yang kita ceburi tidak semestinya dalam perniagaan network marketing sahaja. Usaha perlu gigih tanpa jemu untuk membolehkan matlamat yang telah kita tetapkan dalam perniagaan ini tercapai. Yang penting kita berusaha sehabis baik, selebihnya kita serahkan kepada yang Maha Mentadbir untuk memberikan kekayaanNya kepada kita setimpal dengan apa yang kita usahakan. Sesuai dengan Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Ar-Ra’d:11
Gabungan dari 3 jenis pelaburan ini secara tetap dan terus akan membuahkan hasil yang luar biasa. Graf pelaburan berlawanan dengan hasil wang ringgit boleh ditafsirkan seperti berikut:
Gambarajah di atas menunjukkan pelaburan dari segi masa, tenaga dan usaha kita yang berterusan akan membuahkan hasil yang luar biasa. Apabila sampai tahap yang dipanggil tahap autopilot atau rangkaian sudah berkembang dan boleh bergerak sendiri, masa, tenaga, dan usaha yang kita tumpukan dalam perniagaan ini akan bersusutan dengan banyak, tetapi hasil yang didapati memang berlipat ganda.
Itulah dia konsep perniagaan network marketing yang sebenarnya pelaburan yang dikehendaki lebih kepada masa, tenaga dan usaha kita. Yang penting kita sentiasa tetap dan berusaha terus menerus sehingga rangkaian boleh berdikari dan bergerak dengan sendiri.

Pelaburan Bijak Dengan Modal Kecil

Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan pelaburan hartanah di Malaysia. Sebelum kita memulakan pengalaman menjadi Tuan Tanah, kita perlu bertanya kepada diri kita soalan berikut:
Apakah jenis pelaburan harta tanah yang mampu meningkatkan nilai kewangan saya?
Bolehkah wang saya terikat untuk jangka masa yang panjang?
Bolehkah saya mengendalikan pemilikan dan penyelenggaraan harta tanah saya bagi jangka masa panjang  walaupun aliran tunai saya bukan konsisten?
Berapa banyak pendapatan yang saya jangkakan daripada pelaburan hartanah apabila saya bersara?
Adakah saya jangka ia akan menyediakan pendapatan segera atau modal jangka panjang yang bertambah nilainya?
Akhir sekali, sanggupkah saya memikul tanggungjawab sebagai seorang tuan tanah
Mula dengan Pelaburan Kecil
Mula melabur dalam harta tanah yang kecil agar dapat serba sedikit pengalaman mengurus dari aspek kewangan. Dengan pengalaman tersebut, dia boleh beralih ke harta yang lebih besar, terutamanya apabila dia memperoleh wang hasil peningkatan nilai modal daripada penjualan harta pertamanya.

Nak Beli Emas, Tapi Modal Kecil

Untung 20% setahun dari pelaburan dah sangat teruja. Tapi untung 200% setahun bagi orang berniaga adalah terlalu biasa…
Salam.
Encik, saya baru terbaca blog encik dan mmg saya sangat berminat nak buat simpanan dalam bentuk emas. Masalahnya saya takde simpanan sbb duit saya kadang-kadang buat backup utk suami, heheh. Suami suggest saya buat ASB tapi saya tak yakin dengan ASB sbb apa yang saya baca dari zaharuddin.net, dia tak menggalakkan ASB.
Jadi, saya ada seribu, nak buat pelaburan emas, dan encik menjadi ejen, boleh kiranya membantu saya membuat pelaburan untuk bagi advice dan guidance. Saya baru nak start saving. Saya ada hutang PTPTN dan memang saya aim nak habiskan PTPN saya. Saya bayar bulan-bulan RM200. Hutang-hutang lain tiada.
Saya pun baru ambik takaful medical card, PRU BSN. Mohon bagi nasihat untuk saya buat simpanan emas sebagai saving.
Terima kasih encik.
-Puan Adlin-
013-634 xxxx
(bukan nama sebenar)
JAWAPAN SAYA:
Wa’alaikumussalam Pn. Adlin.
Alhamdulillah.. bagus tu Pn. Adlin nak mulakan simpanan. Menyimpan, adalah TABIAT orang kaya-kaya di dunia. Tak kisah berapa pun amaunnya, tapi yang penting kena jadikan ia sebagai tabiat (habit).
Waktu tahun 2003 dulu, saya cuma menyimpan RM20 jer sebulan. Saya buat potongan gaji masuk ke akaun Tabung Haji. Tapi hari ni, alhamdulillah… simpanan kami sekeluarga dah berlipat kali ganda.
Sebelum saya bagi saranan, saya mohon maaf sebab saya bukanlah orang yang layak untuk bagi nasihat kewangan. Saya cuma seorang sahabat yang inginkan kebaikan pada sahabat yang lain. Apa sahaja saranan saya, ia mungkin tak tepat, tapi itulah yang saya rasa yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat.
Emas Pelaburan Jangka Panjang
  • PERTAMA. Emas adalah simpanan JANGKA PANJANG. Paling minimum ialah setahun. Kalau nak beli emas, kena guna duit yang agak-gak tak pakai dalam masa setahun, ataupun 2, 3 tahun akan datang. 
Harga Emas Ada Turun Naik
  • KEDUA. Harga emas ada turun naiknya. Tapi kalau ikut track record, ianya sentiasa menaik dalam jangka panjang. Dari sudut sunnatullah, tak ada benda yang sentiasa naik dan tak jatuh-jatuh. Suatu masa nanti saya fikir harga emas akan jatuh juga seperti tahun 1980an. Walaupun begitu, emas adalah simpanan paling selamat sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Kalau ianya jatuh, bukan macam jatuhnya harga saham yang boleh hilang terus nilainya. Emas sepatutnya boleh dijadikan SEBAHAGIAN dari pelaburan, bukan 100% simpanan digunakan untuk membeli emas.
Adakan Dana Kecemasan Dulu
  • KETIGA. Sebelum beli emas, ada baiknya puan adakan dana lain juga untuk waktu-waktu kecemasan. Untuk Dana kecemasan, saya simpan di Tabung Haji.
Beli Emas Dengan Modal RM1,000
  • KEEMPAT. Untuk modal RM1,000, puan boleh beli 1 dinar emas (harga sekitar RM670) dan selebihnya boleh beli 12 keping Dirham Kelantan (logam perak). Harga 1 dirham hari ni ialah RM26. Untuk makluman Pn. Adlin, harga logam perak jauh lebih murah, tetapi kenaikannya jauh lebih cepat dari emas. Dalam masa setahun yang lepas, harga logam perak naik melebihi 100% setahun! Dan orang Cina lebih suka beli perak berbanding emas. Cuma kekurangan perak ialah, tak boleh dipajak. Kecairannya kurang sikit dari emas.
Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold
  • KELIMA. Pada saya, Dinar emas yang paling baik untuk Pn. Adlin beli ialah Dinar Public Gold, ataupun Dinar Kelantan. Dua jenis dinar emas ini mempunyai permintaan paling tinggi di Malaysia. Pendek kata, kalau puan nak jual nanti, tak perlu risau pasal pembelinya. Mesti akan ada orang nak beli. insyaAllah.
Pelaburan Untung 20%, Perniagaan Untung 200%!
  • KEENAM. Yang terakhir, tentang pelaburan sebagai instrument buat duit. Pada saya, pelaburan bukanlah jalan terbaik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan adalah tempat orang kaya-kaya buat duit.
  • Untuk buat duit lebih banyak, saya cadangkan puan dan suami libatkan diri dengan perniagaan. Kalau pelaburan orang boleh dapat sekitar 20% setahun, tapi keuntungan melalui perniagaan, pulangan 200% setahun adalah terlalu biasa. Sebab tu Nabi pesan, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Emas bagi kebanyakkan orang adalah simpanan, tapi bagi kami suami isteri, ia adalah PELABURAN + PERNIAGAAN. Dan emas adalah salah satu daripada beberapa perniagaan kami.