Khamis, Januari 30, 2014

Pelaburan Menerusi 1mediamoney


Pelaburan kecil di dalam perniagaan
Network marketing satu pelaburan atau perniagaan? Pelaburan yang difahami oleh orang ramai lebih kepada bentuk kewangan dan akan memperolehi hasil apabila sampai tahap-tahap tertentu seperti pelaburan dalam amanah saham, atau menjadi rakan kongsi dalam sesuatu perniagaan. Walaubagaimanapun network marketing masih dikategorikan sebagai sebuah pelaburan tetapi tidak khusus pelaburan dalam bentuk wang semata-mata. Network marketing adalah sebuah pelaburan dalam bentuk masa, tenaga dan usaha.
Apakah bentuk pelaburan dari segi masa?
Pelaburan dari segi masa sebenarnya meluangkan sedikit masa secara tetap sebagai contoh 4 jam sehari sebanyak 3 kali seminggu memenuhinya dengan aktiviti perniagaan network marketing seperti menghadiri kelas-kelas yang disediakan secara percuma atau berbayar (dengan bayaran yang rendah) atau melakukan aktiviti penerangan dan penajaan untuk mengembangkan rangkaian rakan niaga supaya usaha boleh diagihkan sama sedikit.
Apakah pelaburan dalam bentuk tenaga?
Pelaburan jenis ini lebih merupakan penglibatan secara fizikal atau mental yang memerlukan seseorang itu menghadirkan diri dalam mana-mana aktiviti kumpulan atau berjumpa dan membantu rakan niaga untuk memahami lebih mendalam dalam perniagaan ini seterusnya membolehkan rakan niaga menjalankan perniagaan network marketing dengan lebih lancar.
Apakah pelaburan dalam bentuk usaha?
Bak kata pepatah melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Begitulah juga setiap perniagaan yang kita ceburi tidak semestinya dalam perniagaan network marketing sahaja. Usaha perlu gigih tanpa jemu untuk membolehkan matlamat yang telah kita tetapkan dalam perniagaan ini tercapai. Yang penting kita berusaha sehabis baik, selebihnya kita serahkan kepada yang Maha Mentadbir untuk memberikan kekayaanNya kepada kita setimpal dengan apa yang kita usahakan. Sesuai dengan Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Ar-Ra’d:11
Gabungan dari 3 jenis pelaburan ini secara tetap dan terus akan membuahkan hasil yang luar biasa. Graf pelaburan berlawanan dengan hasil wang ringgit boleh ditafsirkan seperti berikut:
Gambarajah di atas menunjukkan pelaburan dari segi masa, tenaga dan usaha kita yang berterusan akan membuahkan hasil yang luar biasa. Apabila sampai tahap yang dipanggil tahap autopilot atau rangkaian sudah berkembang dan boleh bergerak sendiri, masa, tenaga, dan usaha yang kita tumpukan dalam perniagaan ini akan bersusutan dengan banyak, tetapi hasil yang didapati memang berlipat ganda.
Itulah dia konsep perniagaan network marketing yang sebenarnya pelaburan yang dikehendaki lebih kepada masa, tenaga dan usaha kita. Yang penting kita sentiasa tetap dan berusaha terus menerus sehingga rangkaian boleh berdikari dan bergerak dengan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan