Khamis, Januari 30, 2014

Pelaburan Bijak Dengan Modal Kecil

Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan pelaburan hartanah di Malaysia. Sebelum kita memulakan pengalaman menjadi Tuan Tanah, kita perlu bertanya kepada diri kita soalan berikut:
Apakah jenis pelaburan harta tanah yang mampu meningkatkan nilai kewangan saya?
Bolehkah wang saya terikat untuk jangka masa yang panjang?
Bolehkah saya mengendalikan pemilikan dan penyelenggaraan harta tanah saya bagi jangka masa panjang  walaupun aliran tunai saya bukan konsisten?
Berapa banyak pendapatan yang saya jangkakan daripada pelaburan hartanah apabila saya bersara?
Adakah saya jangka ia akan menyediakan pendapatan segera atau modal jangka panjang yang bertambah nilainya?
Akhir sekali, sanggupkah saya memikul tanggungjawab sebagai seorang tuan tanah
Mula dengan Pelaburan Kecil
Mula melabur dalam harta tanah yang kecil agar dapat serba sedikit pengalaman mengurus dari aspek kewangan. Dengan pengalaman tersebut, dia boleh beralih ke harta yang lebih besar, terutamanya apabila dia memperoleh wang hasil peningkatan nilai modal daripada penjualan harta pertamanya.

Nak Beli Emas, Tapi Modal Kecil

Untung 20% setahun dari pelaburan dah sangat teruja. Tapi untung 200% setahun bagi orang berniaga adalah terlalu biasa…
Salam.
Encik, saya baru terbaca blog encik dan mmg saya sangat berminat nak buat simpanan dalam bentuk emas. Masalahnya saya takde simpanan sbb duit saya kadang-kadang buat backup utk suami, heheh. Suami suggest saya buat ASB tapi saya tak yakin dengan ASB sbb apa yang saya baca dari zaharuddin.net, dia tak menggalakkan ASB.
Jadi, saya ada seribu, nak buat pelaburan emas, dan encik menjadi ejen, boleh kiranya membantu saya membuat pelaburan untuk bagi advice dan guidance. Saya baru nak start saving. Saya ada hutang PTPTN dan memang saya aim nak habiskan PTPN saya. Saya bayar bulan-bulan RM200. Hutang-hutang lain tiada.
Saya pun baru ambik takaful medical card, PRU BSN. Mohon bagi nasihat untuk saya buat simpanan emas sebagai saving.
Terima kasih encik.
-Puan Adlin-
013-634 xxxx
(bukan nama sebenar)
JAWAPAN SAYA:
Wa’alaikumussalam Pn. Adlin.
Alhamdulillah.. bagus tu Pn. Adlin nak mulakan simpanan. Menyimpan, adalah TABIAT orang kaya-kaya di dunia. Tak kisah berapa pun amaunnya, tapi yang penting kena jadikan ia sebagai tabiat (habit).
Waktu tahun 2003 dulu, saya cuma menyimpan RM20 jer sebulan. Saya buat potongan gaji masuk ke akaun Tabung Haji. Tapi hari ni, alhamdulillah… simpanan kami sekeluarga dah berlipat kali ganda.
Sebelum saya bagi saranan, saya mohon maaf sebab saya bukanlah orang yang layak untuk bagi nasihat kewangan. Saya cuma seorang sahabat yang inginkan kebaikan pada sahabat yang lain. Apa sahaja saranan saya, ia mungkin tak tepat, tapi itulah yang saya rasa yang terbaik untuk saya dan sahabat-sahabat.
Emas Pelaburan Jangka Panjang
  • PERTAMA. Emas adalah simpanan JANGKA PANJANG. Paling minimum ialah setahun. Kalau nak beli emas, kena guna duit yang agak-gak tak pakai dalam masa setahun, ataupun 2, 3 tahun akan datang. 
Harga Emas Ada Turun Naik
  • KEDUA. Harga emas ada turun naiknya. Tapi kalau ikut track record, ianya sentiasa menaik dalam jangka panjang. Dari sudut sunnatullah, tak ada benda yang sentiasa naik dan tak jatuh-jatuh. Suatu masa nanti saya fikir harga emas akan jatuh juga seperti tahun 1980an. Walaupun begitu, emas adalah simpanan paling selamat sebab emas sentiasa berharga sepanjang zaman. Kalau ianya jatuh, bukan macam jatuhnya harga saham yang boleh hilang terus nilainya. Emas sepatutnya boleh dijadikan SEBAHAGIAN dari pelaburan, bukan 100% simpanan digunakan untuk membeli emas.
Adakan Dana Kecemasan Dulu
  • KETIGA. Sebelum beli emas, ada baiknya puan adakan dana lain juga untuk waktu-waktu kecemasan. Untuk Dana kecemasan, saya simpan di Tabung Haji.
Beli Emas Dengan Modal RM1,000
  • KEEMPAT. Untuk modal RM1,000, puan boleh beli 1 dinar emas (harga sekitar RM670) dan selebihnya boleh beli 12 keping Dirham Kelantan (logam perak). Harga 1 dirham hari ni ialah RM26. Untuk makluman Pn. Adlin, harga logam perak jauh lebih murah, tetapi kenaikannya jauh lebih cepat dari emas. Dalam masa setahun yang lepas, harga logam perak naik melebihi 100% setahun! Dan orang Cina lebih suka beli perak berbanding emas. Cuma kekurangan perak ialah, tak boleh dipajak. Kecairannya kurang sikit dari emas.
Dinar Kelantan dan Dinar Public Gold
  • KELIMA. Pada saya, Dinar emas yang paling baik untuk Pn. Adlin beli ialah Dinar Public Gold, ataupun Dinar Kelantan. Dua jenis dinar emas ini mempunyai permintaan paling tinggi di Malaysia. Pendek kata, kalau puan nak jual nanti, tak perlu risau pasal pembelinya. Mesti akan ada orang nak beli. insyaAllah.
Pelaburan Untung 20%, Perniagaan Untung 200%!
  • KEENAM. Yang terakhir, tentang pelaburan sebagai instrument buat duit. Pada saya, pelaburan bukanlah jalan terbaik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan adalah tempat orang kaya-kaya buat duit.
  • Untuk buat duit lebih banyak, saya cadangkan puan dan suami libatkan diri dengan perniagaan. Kalau pelaburan orang boleh dapat sekitar 20% setahun, tapi keuntungan melalui perniagaan, pulangan 200% setahun adalah terlalu biasa. Sebab tu Nabi pesan, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Emas bagi kebanyakkan orang adalah simpanan, tapi bagi kami suami isteri, ia adalah PELABURAN + PERNIAGAAN. Dan emas adalah salah satu daripada beberapa perniagaan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan