Jumaat, Mac 14, 2014

Latest News MH370 Malaysia Airlines : Kapten Zaharie Shah Aktif Kod Rahsia “Tango” @ Charlie? Isyarat Kecemasan?

Latest News MH370 Malaysia Airlines : Kapten Zaharie Shah Aktif Kod Rahsia “Tango” @ Charlie? Isyarat Kecemasan?

   
Email
Sticky News. Semak berita berikut untuk berita semasa terkini.

MH370
Latest News MH370 Malaysia Airlines :  Berita Semasa akan terus paparkan perkongsian berita terkini, latest news MH370 Malaysia Airlines yang terus hilang tanpa petunjuk positif oleh kalangan pasukan operasi pencari kapal terbang MAS MH370 Malaysia Airlines sebagai sambungan daripada live update (DI SINI). Berita terbaru MH370?
Berdasarkan kemaksini pada pukul (15:37 petang 13 Mac 2014) yang mana hari ini sudah masuk hari yang keenam dimana…sekarang ini sudah terdapat sejumlah tiga lokasi yang mungkin di mana ia mungkin berlaku tragedi MH370 ini, sudah ada beberapa petunjuk tambahan.
Moga-moga petunjuk terbaru yang dijumpai membuahkan hasil yang positif.

Latest News MH370 Malaysia Airlines 13 Mac 2014

Latest News MH370 pada pukul 15:37 petang
Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat ‘tango’ 40 minit selepas pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan.
  • kod rahsia ‘tango’ atau ‘charlie’ hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) berhubung masalah pengendalian pesawat yang memerlukan tindakan lanjut unit kawalan
  • kod rahsia ‘tango’ tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini kecuali berlaku kecemasan
Latest News MH370 pada pukul 12:09 tengahari
Songa Mercur MH370Berita Semasa dimaklumkan seorang pekerja pelantarnya, Michael Jerome McKay namanya (warganegara New Zealand) yang bekerja di pelantar Songa Mercur telah ternampak kelibat pesawat Malaysia Airlines sedang turun ke bawah semasa bekerja di luar pantai di bahagian selatan Vietnam. Dan pegawai tentera Vietnam dikatakan telah dimaklumkan mengenai laporan ini.
  • Ternampak berlaku pembakaran pada satu bahagian sahaja pesawat pada ketinggian yang tinggi sekitar 50-70 km dari lokasi Michael McKay
  • Syarikat Jepun Idemitsu Oil & Gas yang telah mengupah Songa untuk mengerudi minyak bagi pihaknya turut mengesahkan yang mereka sudah sedia maklum mengenai pendedahan ini…
  • Di bawah ini Berita Semasa lampirkan email dan juga peta berdasarkan koordinat GPS yang diberikan oleh Michael McKay ketika menyaksikan kelibat kapal terbang MH370 Malaysia Airlines ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan