Ahad, Mac 09, 2014

Kapal Terbang Mas Dari KL Ke Beijing Hilang

Pesawat MAS bawa 239 penumpang ke Beijing dilapor hilang

kemaskini 10.00pm 

TERKINI, Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mula menemui "oil slick" antara perairan Vietnam & Malaysia....

KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, petanda pertama pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas.

Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang.


Tiada pengesahan bahawa tumpahan minyak itu ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas. - AP


7.30PM KEMASKINI:

Keluarga  Mangsa di Beijing berang 'tiada maklumat terkini'

Suasana kekecewaan semakin meningkat di kalangan ahli keluarga penumpang pesawat MAS MH370 yang berkumpul di Beijing kerana mengadu mereka tidak mendapat maklumat perkembangan terkini.

AFP melapor kan keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat yang hilang itu, berkumpul di sebuah hotel di Beijing dan ada yang berang kerana tidak dikemaskini maklumat mengenainya.

"Mereka sepatutnya memberitahu kita sesuatu sebelum ini," kata seorang lelaki dari bandar di utama China, Tianjin yang dipetik oleh agensi perkhidmatan berita.

Pautan kekal imej terbenam

"Kami tidak diberitahu apa-apa tentang perkara ini. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak mengeluarkan apa-apa maklumat," kata seorang lelaki yang lain yang berusia 20-an , yang dilihat memujuk ibunya, AFP melaporkan.

Majoriti 239 penumpang penerbangan ini - 153 daripada mereka - adalah warga China dan Taiwan, manakala jumlah kedua terbesar adalah rakyat Malaysia seramai 38 orang.

MAS: Pasukan kami berlepas ke Beijing

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan petang ini berkata satu pasukan bertolak ke Bejing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang untuk memberi bantuan kepada ahli keluarga penumpang terbabit.

"Kami telah menggerakkan 'Go Team' kami ke Beijing, yang berlepas jam 4.30 petang dengan pasukan penjaga dan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga penumpang," katanya.

Manakala keluarga penumpang penerbangan MH370 yang berkumpul di KLIA telah diminta untuk bersiap sedia dengan pasport masing-masing.

Malaysia Airlines mengadakan satu sidang akhbar setiap dua jam di sebuah hotel berhampiran KLIA.

Pesawat Boeing 777-200 itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.40 pagi ini, menuju ke Beijing.

Media tempatan di Vietnam melaporkan pesawat itu terhempas di luar pantai tetapi pihak berkuasa Malaysia masih cuba untuk mengesahkan maklumat tersebut.

Malaysia Airlines berkata sehingga jam 4.20 hari ini, lokasi tepat pesawat itu masih tidak diketahui.

Pihak berkuasa di Malaysia, China, Vietnam, Singapura, Filipina dan Indonesia turut bersama membantu usaha mencari dan menyelamat.

Waris penumpang MH370 diminta bersedia

Waris penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370, telah diberitahu pada jam 1.30 tengahari tadi supaya bersedia untuk diterbang ke lokasi yang tidak dinyatakan.

"MAS kata kami perlu bersedia untuk dihantar (di sana)... pada pukul 6 petang hari ini," kata seorang waris seseorang penumpang pesawat itu kepada pemberita.

Difahamkan, antara lain, waris penumpang telah diminta bersedia pasport mereka.

Seorang lelaki itu yang enggan dikenali, yang bercakap kepada media di luar kawasan yang menempatkan waris penumpang, berkata MAS akan membawa dua waris bagi setiap penumpang dengan pesawat MH307.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut ke mana mereka akan diterbangkan.

MAS telah dihubungi tetapi ia masih belum mengesahkannya.

Penerbangan MH370, sebuah pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA, hilang di ruang udara Vietnam.

Tentera laut Vietnam mendakwa pesawat itu terhempas di perairan mereka, tetapi kerajaan Malaysia masih berusaha untuk mengesahkan ini.


 2.30pm- kemaskini....Kenyataan dan tindakan dari kerajaan malaysia....




Kerajaan sedang hubungi pihak tentera laut Vietnam bagi mengesah laporan pesawat terhempas di kawasan negeri itu - Hishamuddin
 3 min
HISHAMMUDDIN Hussein nafi penemuan sebarang serpihan atau bukti pesawat terhempas dekat perairan Vietnam, Thailand atau Malaysia

Pautan kekal imej terbenam
Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam
LOKASI DIPERCAYAI PESAWAT TERHEMPAS - SUMBER MEDIA VIETNAM


PESAWAT MAS MH370 YANG DILAPORKAN HILANG DARI KUALA LUMPUR KE BEIJING DI SAHKAN TERHEMPAS KE LAUT CHINA SELATAN

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


Gerakan mencari pesawat ditumpu di lokasi terakhir dikesan di Laut China Selatan dan sempadan Vietnam: CEO MAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan