Khamis, Februari 13, 2014

1mediamoney.weebly.com/

Pengalaman suka duka pilu sedih gembira di Unit Trust

Berkenaan Pelaburan Unit Trust
OLEH : AZHA SYAZRI HJ AZIZAN

Dalam membuat pelaburan amanah saham, pelabur perlu berhati hati dan menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melabur. Konsep risk dan return perlu difahami terlebih dahulu dan se-eloknya cuba fahami perkembangan market unit trust sebelum mula melabur.
Ini kerana, kebanyakan orang biasanya terpengaruh dengan cara marketing "menjual pulangan tinggi atau award tahunan" yang dilakukan oleh sesetengah ejen unit trust. Pada saya, bila dijanjikan pulangan 30% - 40% setahun, memang semua orang nak masuk. Tak hairanlah ramai orang terjebak dalam pelaburan internet dulu, kerana dipengaruhi dengan marketing yang menjanjikan pulangan tinggi. Ejen unit trust banyak terikut ikut cara marketing yang serupa, menjanjikan pulangan tinggi berdasarkan rekod lepas, sedangkan dalam prospektus sudah menjelaskan, prestasi lepas bukan penentu atau jaminan prestasi / keuntungan masa depan.
Sebenarnya TIDAK ADA SATU SYARIKAT AMANAH SAHAM pun yang boleh jamin beri pulangan 10% - 15% setahun, Apatah lagi nak janjikan 30% - 40% setahun. Syarikat unit trust TIDAK BOLEH BERI PULANGAN KONSISTEN 15%-20%-30%-40%. Return 20% setahun mungkin boleh diperolehi setelah melabur 3-5 tahun. Itupun hanya tahun tertentu yang grow banyak macam tahun 2007, menyebabkan average return menjadi 20% setahun.
Mereka yang dapat keuntungan 30%-40% sekarang, pernahkah anda kaji bagaimana cara pelaburan mereka? Untuk pengetahuan anda, memang market unit trust sudah grow lebih 40% sejak Jan 2007 lepas. Bagi mereka yang baru melabur penghujung tahun lepas (baru genap 1 tahun melabur) memanglah kagum melihat return 30%-40% setahun. WOW MACAM TAK PERCAYA. Tapi bagi mereka yang melabur sejak tahun 2005, modal pelaburan mereka juga grow by 40%, sama seperti pelabur tahun 2006. Cuma kerana mereka dah labur sejak 2005 semasa market down, purata pulangan mereka menjadi 40% bahagi 2 tahun = 20% setahun. Secara keseluruhan fund NAV grow by 40%, tapi pelabur menerima purata pulangan yang berbeza, mengikut tempoh pelaburan.
Kalau dikaji perkembangan market unit trust 2005, 2006 dan 2007, anda akan mendapati, kenaikan harga unit trust hanya bermula dari pertengahan Jan 2007 hinggalah Oktober 2007 sekarang. Sepanjang tahun 2005 dan 2006, pergerakan nilai NAV unit trust fund, tak banyak berubah. Tahukah anda, average pulangan industri unit trust pada tahun 2005 adalah negatif 6%? Maknanya modal asal pelaburan sudah susut 6% secara keseluruhan.
Begitu juga pada bulan Ogos 2006, dimana sebuah kesatuan sekerja melaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia, lebih 80% pencarum KWSP mengalami kerugian apabila mereka menebus unit trust mereka semula. Jumlah caruman pelaburan RM 9.76 billion susut kepada 9.15 billion pada Disember 2005, satu kerugian lebih rm600 juta dilaporkan berlaku.
Dalam pengalaman saya, ramai juga orang yang saya jumpa reject tak mahu melabur dalam unit trust kerana mengalami pengalaman buruk, kerugian dalam pelaburan lepas. Baik Public Mutual ke, CIMB ke, MAAKL Mutual, mereka menyatakan semuanya sama sahaja, janji pulangan tinggi, tapi mereka mengalami kerugian. Dan saya tak blame mereka kerana memiliki cara pemikiran sedemikian rupa kerana saya faham mereka mungkin mengalami kerugian ketika market unit trust jatuh sedikit pada tahun 2005.

BAGAIMANA NAK BUAT UNTUNG DALAM UNIT TRUST? 

Perkara ini terpulang kepada diri anda, startegi bagaimana yang ingin anda amalkan. Ini saya kongsikan strategi saya dalam pelaburan unit trust. INI BUKAN NASIHAT PELABURAN, HANYA SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN. Kalau anda ikut cara saya, tanpa pengawasan oleh saya sendiri, anda perlulah tanggung risiko pelaburan sendiri.
First sekali anda perlu FAHAM HUKUM ASAS DUNIA PELABURAN. SEMAKIN TINGGI PULANGAN YANG DIJANJIKAN, SEMAKIN TINGGI RISIKO KERUGIAN YANG AKAN DITEMPUHI. Kerugian bermaksud kita mungkin kehilangan sebahagian atau keseluruhan modal asal pelaburan. Kalau anda target nak pulangan tinggi, perlu SANGGUP TERIMA RISIKO KERUGIAN jika modal asal pelaburan merosot. Kalau tak sanggup terima risiko kerugian modal, JANGAN LABUR DALAM PELABURAN BERISIKO TINGGI.

Kedua, FAHAMI PROFAIL DANA PELABURAN YANG INGIN ANDA LABUR. Kebanyakan dana yang menjanjikan pulangan tinggi, adalah dana berasaskan pasaran ekuiti (pasaran saham). Majoriti dana jenis ini, meletakkan target pertumbuhan modal asal dalam tempoh 5-10 tahun. Maknanya, kalau anda tebus pelaburan kurang dari time frame dana tersebut, mungkin anda boleh mengalami kerugian, terutamanya bila nilai NAV fund merosot atau ekonomi jatuh. Kalau untung awal, bagus, itu rezeki dan nasib anda baik kerana kebetulan timing pun cantik

Anda juga perlu tahun accounting period untuk dana pelaburan anda. Time frame ini penting untuk menentukan bila dividen / bonus unit biasanya diagihkan. Harga unit saham selepas agihan biasanya jauh lebih murah berbanding sebelumnya.
Ketiga, susun strategi pelaburan anda. Kalau nak buat untung, anda perlulah ada strategi pelaburan. Jangan melabur pakai hentam sahaja, tak tahu hujung pangkal, main percaya semua yang ejen unit trust cakap. Bukan semua orang berlaku jujur dan menyampaikan maklumat dengan telus.
Strategi yang biasa saya lakukan adalah BELI SEMASA HARGA UNIT SAHAM RENDAH (SEMASA MURAH DAPAT LEBIH UNIT SAHAM) DAN JUAL SEMASA UNIT SAHAM SUDAH NAIK (SEMASA HARGA DAH MAHAL, UNTUK HASILKAN KEUNTUNGAN).
Macam mana nak tahu bila low price? Sebagai panduan ringkas, biasanya unit trust lebih murah apabila :-
1 - Bila baru launching - biasanya dijual pada harga asal unit saham (harga permulaan) dan diikuti dengan diskaun yuran service sebanyak 1% - 2%.
2 - Selepas declaration agihan dividen / tambahan bonus unit - harga unit saham akan jatuh sedikit selepas pertambahan bilangan unit saham.
3 - Bila ekonomi menurun seperti pada tahun 2005 dan 2006. Bila market down lah anda patut beli atau tambah unit trust anda, kerana anda dapat memiliki lebih banyak unit saham pada harga yang lebih rendah. Market down bermakna mega-sales untuk industri unit trust. Banyak orang ada persepsi salah, market down dia takut nak melabur. Bila market up (harga dah mahal) baru nak melabur. Melepas lah beli unit trust semasa murah!

Keempat, MONITOR perkembangan market unit trust. Ini bukan sesesuatu yang mudah untuk dilakukan, namun ia bukan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan juga. Anda boleh monitor perkembangan unit trust anda dari masa ke semasa, contoh 2-3 hari sekali, atau seminggu sekali.
Sekarang ni banyak sykt unit trust yang sediakan khidmat online untuk pelabur di mana pelabur boleh pantau sendiri dana pelaburan mereka secara online. Gunakan khidmat percuma ini sebaik baiknya untuk pantau dana pelaburan anda. Jangan bergantung 100% kepada ejen unit trust anda.

----------------------------

KESIMPULAN
Anda mungkin tak puas hati dengan pandangan saya dan berkeras jugak nak labur dalam fund yang sudah buat return 30%-40% setahun.
Kalau unit saham itu harganya RM1.00 sesaham pada Oktober 2006. Sekarang November 2007, harga saham dah naik kepada RM1.36 sesaham. Memang anda sudah profit 30% setahun setelah tolak caj servis 6%. Tapi persoalan saya, ADAKAH ANDA MAHU BELI UNIT SAHAM YANG SAMA PADA HARGA RM1.36 SESAHAM? BERAPA JAUH LAGI SAHAM ITU BOLEH PERGI? BERAPA TINGGI LAGI IA BOLEH NAIK?
Tak lama lagi, selepas mereka issue bonus unit sebagai dividen (biasanya issue pada penghujung accounting period kalau ada kenaikan NAV yang memberansangkan), harga unit trust akan jatuh semula seperti asal RM1.00. Back to square one. Itulah yang dilakukan oleh kebanyakan sykt unit trust, untuk menarik perhatian pelabur baru datang melabur. Pemberian bonus unit tambahan akan merendahkan semula harga unit trust mereka untuk pelabur baru masuk.
Sebagai alternatif, anda boleh pertimbangkan FUND BARU YANG OFFER HARGA ASAL RM1.00 SESAHAM. Dengan duit tabungan baru ini, sykt unit trust berupaya untuk create pegangan saham baru. Fund baru biasanya cukup bersemangat nak tunjuk prestasi yang bagus dalam 1-2 tahun pertama.
Itulah serba sedikit pengetahuan yang boleh saya kongsikan berkenaan unit trust investment. Diharap ianya dapat membantu anda semua.

"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"

1mediamoney.weebly.com/

1mediamoney.weebly.com/

ASB Perbincangan Hukum Pelaburan HARAM&HALAL

ASB Perbincangan Hukum Pelaburan 


Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.
ASB?
Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.
1)  Pandangan Yang Mengharuskan
Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.
Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-
Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.
a-      Ihya Ulumiddin
b-      Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab  As-Syafie
2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.
Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-
Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)
1.        Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya

" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-

1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.
Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.
Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.
Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.
Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).
Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
b-  Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)

3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.
Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad 1.07 %
Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.
Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.
Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):
 " The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............
..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..
Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"
Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.
Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram
Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.
Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.
Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-

1-   Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2-   Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3-   Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4-   Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.
Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.
Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.
PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB
Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Sekian, Wassalam

Ekidsaqeel

Selasa, Februari 11, 2014

Kerja kosong online 1mediamoney

Kerja kosong online 1mediamoney tanpa modal buat duit terpantas dan mudah


Kerja kosong online tanpa modal 1 mediamoney adalah satu pengalaman dan cara mendapat duit dengan modal yang sangat rendah di internet.. sudah ramai orang yang telah mencuba perniagaan ini dan telah berjaya sehingga menjadi jaya raya bunyinya macam pelikkan..

Anda boleh buat kerja ini sebagai kerja sambilan kerana kerja1mediamoney cuma berkongsi dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama dan menbantu mereka menyelesaikan masaalah yang lama mereka hadapi dan ianya hanyalah 30 minit sehari.. Tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, kakitangan kerajaan, swasta atau pekerja, anda boleh menyertainya 1mediamoney..

kerja kosong online tanpa modal
kerja kosong online tanpa modal

Kerja kosong online tanpa modal 1mediamoney ini komisyennya akan dibayar terus ke akaun anda tidak kira sama ada bank Maybank, BCM, Public Bank, BSN atau apa saja bank yang ada di Malaysia.. anda hanya perlu memilih akaun bank mana yang anda mahu.. Tidak perlu tunggu check.. DUIT TERUS KE AKAUN ANDA!

Kerja kosong online tanpa modal merupakan PELABURAN INTERNET ATAU SKIM CEPAT KAYA?

Maaf,1mediamoney  bukan pelaburan internet atau skim cepat kaya. Anda tidak perlu mengeluarkan 1 sen pun untuk menyertai program ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah klik atau membaca email dari pengiklan. Anda akan dibayar untuk membacanya.


Kerja kosong online tanpa modal adalah DUIT PERCUMA? SIAPA YANG BODOH SANGAT NAK KASI DUIT PERCUMA?

Kerja kosong online tanpa modal merupakan anda sebagai Pengiklan atau marketer kepada syarikat yang memperomosikan barangan dan servis mereka.

BOLEH HARAPKAH SYARIKAT-SYARIKAT SEBEGINI?

Saya juga mempunyai soalan yang sama pada mulanya. Tetapi apabila saya melihat 1mediamoney sudah ramai artis dan pengusaha yang telah berjaya,maka tidak mustahil untuk anda juga berjaya. Anda akan dapat melihat senarai pengiklannya selepas mendaftar.

SAYA BERMINAT MENYERTAI 1MEDIAMONEY, MACAM MANA NAK MENDAFTAR?

Untuk menyertainya kerja kosong online tanpa modal program cukup mudah, ikut langkah-langkah berikut sms 0122424166 taip 'kerja kosong online'


[schema type="product" url="http://1mediamoney2u.blogspot.com/" name="kerja kosong online tanpa modal" description="kerja kosong online tanpa modal merupakan aktiviti ekonomi manambahkan pendapatan anda " brand="1mediamoney" manfu="1mediamoney" model="nustemcell" prod_id="nustemcell" single_rating="7" agg_rating="10" price="$245.00" condition="New" ]