Tentu ramai di antara kita menghadapi masalah sukar menyimpan wang. Gaji yang diperolehi cepat sahaja kehabisan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mula bekerja. Belum lagi gaji, dah plan macam-macam nak dibelinya. Akhir bulan, terpaksa la mengikat perut. Bulan seterusnya berazam pula untuk menyimpan wang tapi akhirnya tidak tahu entah ke mana wangnya pergi .
Saya juga pernah menghadapi masalah seperti ini dulu. Banyak wang dihabiskan entah dimana. Sehingga saya mula merekod perbelanjaan saya. Namun hanya teknik merekod yang betul akan membantu anda menyelamat wang anda dari di baham oleh keinginan nafsu anda. Di sinilah timbul kesedaran untuk anda mula berjimat cermat. Ini juga merupakan teknik menguruskan kewangan yang berkesan.
Sedarkah anda, benda-benda yang berharga dua atau tiga ringgit yang dibeli boleh menjadi ratusan ringgit dalam sebulan. Saya sendiri terperanjat bila kali pertama melihat rekod perbelanjaan saya. Beli jajan (keropok, aiskrim dan sebagainya) sampai dua ratus sebulan, makan luar sampai enam, tujuh ratus sebulan. Saya yakin, anda juga akan terperanjat bila melihat rekod perbelanjaan anda. Inilah sebenarnya yang akan memberi kesedaran yang kuat untuk anda berjimat cermat.
Dengan merekod membolehkan anda mengetahui lebih tepat dimana wang dihabiskan. Dengan ini membuatkan anda lebih berwaspada untuk berbelanja. Seterusnya berjimat cermat dan menyimpan dengan lebih banyak. Namun cara yang betul akan membuahkan hasil dan mengelakkan anda dari bosan merekod. Memang bosan kerja-kerja merekod nie. Tak caya, tanyalah mereka yang pernah kerja di jabatan akaun.
Cara saya, saya tidak akan merekod dengan tepat setiap apa yang dibeli. Tak kan gula lima posen nak rekod dengan tepat kot. Mau pitam mencari kat mana lagi dua posen dibelanjakan he.he.he. Cara saya, saya akan lihat berapa baki awal dalam dompet saya dan selepas berbelanja, berapa wang yang tinggal. So perbezaannya merupakan wang digunakan untuk hari tersebut.
Katakanlah baki awal kat dompet ada RM100. Dan selepas berbelanja wangnya tinggal RM40. Ini bermakna wang yang anda belanjakan ialah RM60. So dari RM60 ini saya ingat semula apa yang saya beli pada hari ini. Dan saya kategorikan mengikut ketegori perbelanjaan yang saya fikir penting. Contoh RM20.00 untuk barang rumah, RM10.00 untuk makan luar RM5.00 untuk jajan, RM20 untuk pakaian dan RM10.00 untuk computer dan Rm5.00 untuk alat tulis. Jadi jumlahnya ialah RM60.00
Saya tidak merekod satu persatu barang yang saya beli, tapi saya merekodnya mengikut kategori yang saya fikir penting untuk membantu saya mengesan perbelanjaan saya. Dan saya merekodnya di dalam Ms Excell, didalam column mingguan dan bukan harian. So dalam column mingguan, saya akan tambah dan tambah sehingga habis 7 hari. Seterusnya saya membandingkan perbelanjaan mingguan saya dan perbelanjaan bulanan saya. Disinilah saya dapat mengesan di mana wang yang boleh saya jimatkan.
Inilah cara saya mengurus kewangan dengan merekod menggunakan Ms Excell. Jika anda tidak mahir menggunakan Ms Excell, jangan risau. Anda hanya perlu mencipta teknik anda sendiri. Yang penting anda tahu konsepnya iaitu merekod mengikut kategori perbelanjaan. seterus membandingkan perbelanjaan mingguan dan bulanan megikut kategori. Dan mengesan dimana anda boleh menjimatkan wang anda.
Mungkin selepas anda memahami perbelanjaan anda dan mampu berjimat cermat. Setelah anda mampu mengawal perbelanjaan anda, anda boleh berhenti membuatnya. Yang penting kesedaran dan keinginan untuk menyimpan wang akan membantu anda. Selamat mencuba.
Tips Menjimatkan Minyak Yang Berkesan Klik Sini